Tafkhim Dan Tarqiq

JomTajwid - Tafkhim

Jom berkenalan dulu dengan perkataan ini.

تَفْخِيْمُ  tafkhim – tebal

تَرْقِيْقٌ  tarqiq – nipis

Ingat lagi tak perkongsian tentang sifat huruf? Hukum ini akan dikaitkan dengan sifat huruf isti’la dan istifal.

Nota : Sila Ke Sifat Huruf untuk penerangan selanjutnya.

Okay, bacaan tebal nipis ini akan melibatkan:

  1. Huruf isti’la (terangkat)
  2. Huruf istifal (merendah)
  3. Huruf alif
  4. Huruf lam
  5. Huruf ro

Tetapi, terdapat 3 huruf yang mempunyai kedua-dua cara iaitu huruf alif, lam pada lafdzuljalalah dan huruf ro.

JomTajwid - Tafkhim 1

1. HURUF ISTI’LA (TERANGKAT)

Bagi bacaan tebal, ia melibatkan semua huruf isti’la  (terangkat).

Isti’la (terangkat) adalah apabila dibunyikan dengan suara mengangkat pangkal lidah ke langit-langit yang menjadikan bunyi sebutannya tebal.

JomTajwid - Tafkhim 2

2. HURUF ISTIFAL (MENURUN)

BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 

Selain dari 7 huruf isti’la ini, iaitu huruf istifal, ia perlu dibaca nipis (tarqiq).

JomTajwid - Tafkhim 3

3. HURUF ALIF (MAD)

Huruf alif bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal.

BACAAN TEBAL (TAFKHIM) تَفْخِيْمُ 

Huruf berbaris atas sebelum huruf mad (alif) adalah dari 7 huruf isti’la.

BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 

Huruf berbaris atas sebelum huruf mad (alif) adalah dari huruf istifal (huruf selain isti’la)

4. HURUF LAM

Huruf lam pada lafdzuljalalah (lafaz kalimah Allah).

Huruf lam bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal.

BACAAN TEBAL (TAFKHIM) تَفْخِيْمُ 

Jika sebelum kalimah lafdzuljalalah berbaris atas atau berbaris depan.

BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 

Jika sebelum kalimah lafdzuljalalah berbaris bawah.

JomTajwid - Tafkhim 5Contoh Ayat Huruf Ro

5. HURUF RO

Huruf ro bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal dan ada ketikanya ia diberi pilihan untuk dibaca tebal atau nipis.

1. BACAAN TEBAL (TAFKHIM) تَفْخِيْمُ 

Bacan tebal – 6 keadaan

  1. Huruf ro berbaris depan atau berbaris atas.
  2. Huruf ro sukun dan sebelumnya terdapat huruf berbaris depan atau atas.
  3. Huruf ro ketika diwaqafkan dan sebelumnya terdapat huruf alif atau wau dan sebelumnya huruf berbaris depan atau atas.
  4. Huruf ro ketika waqaf dan sebelumnya terdapat huruf bertanda mati dan sebelumnya huruf berbaris depan atau atas.
  5. Huruf ro sukun dan sebelumnya hamzah wasal yang dikasrahkan (bukan asal) kerana sebelumnya terdapat huruf berbaris bawah.
  6. Huruf ro sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah, selepas huruf ro adalah huruf isti’la. Ia perlu berada dalam satu kalimah.

2. BACAAN NIPIS (TARQIQ) تَرْقِيْقٌ 

Baca nipis – 5 keadaan

  1. Huruf ro berbaris bawah.
  2. Huruf ro bersabdu dan berbaris bawah.
  3. Huruf ro sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah.
  4. Huruf ro yang dimatikan ketika waqaf dan sebelumnya terdapat huruf ya mati. (ya mad / ya lin)
  5. Huruf ro mati ketika diwaqafkan dan sebelumnya terdapat huruf bertanda sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah.
JomTajwid - Tafkhim 6

3. HURUF RO BOLEH DIBACA NIPIS (TARQIQ) ATAU TEBAL (TAFKHIM)

Terdapat hanya di 5 tempat sahaja di dalam Al-Quran

Sila rujuk kepada guru bagi sebutan yang tepat.

2018-07-09T12:56:00+00:00

Komen Anda