Sifat Huruf

JomTajwid - Makharijil Huruf 7 (Feature) new

Apa itu Sifat Huruf ?

Sifat huruf adalah cara menekan (menyekat ) udara atau suara ketika bunyi huruf dilafazkan sama ada tinggi atau rendah, nyaring atau perlahan, kuat atau lemah, qalqalah yang menyebabkan ianya melantun, huruf yang bersifat berhambur dan sebagainya.

Kenapa kita perlu tahu sifatnya ?

Sebab terdapat huruf arab pada makhraj yang sama tetapi sifat yang berbeza. Bayangkan pada lingkungan makhraj yang sama, terdapat lebih dari satu huruf. Jadi untuk membezakan huruf tersebut, sifat huruf inilah akan memainkan peranan.

Selain dari itu, kita dapat mengenalpasti huruf yang hampir sama sebutannya seperti ث  (tsa) dan س  (siin) .

Cuba anda kenalpasti dan bunyikan huruf ini.
أَثۡ  (ist) dan أَسۡ  (is)

Jika kita tidak tahu sifatnya, kita tidak dapat membezakan sebutannya.

Sifat huruf ini juga adalah sebagai pelengkap pada mahkrajnya.

Berapa banyak sifat huruf ?

Okay, menurut Imam Al-Jazari, terdapat 20 sifat huruf yang terbahagi kepada dua kategori.

1. Sifat huruf yang mempunyai lawan (11 Huruf) .
2. Sifat huruf yang tidak mempunyai lawan (9 Huruf) .

هَمْسُ HAMS ↔ جَهْرٌ JAHR
(TERSEMBUNYI ↔ TERANG)

Hams (tersembunyi) adalah apabila membunyikan 10 huruf ini, ia beserta dengan terlepasnya nafas / angin.

Huruf :   ف ح ث ه ش خ ص س ك ت 

Mnemonik: فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَتَ 

Selain dari huruf-huruf yang dinyatakan, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Jahr (terang) yang apabila dibunyikan, adanya udara yang tersekat.

شِدَّةٌ SHIDDAH ↔ رَخَاوَةٌ ROKHOWAH
(KUAT ↔ LEMBUT)

Shiddah (kuat) adalah apabila dibunyikan dengan cara suara ditekan pada huruf.

Huruf : أ ج د ق ط ب ك ت

Mnemonik: أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ 

Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Rokhowah (lembut) yang dibunyikan dengan suara terlepas.

Tetapi diantara kedua-dua sifat ini, ada sifat pertengahan yang dinamakan  تَوَسُّطٌ  Tawassut(Sederhana) yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut pada 5 huruf ini.

Huruf : ل ن ع م ر

Mnemonik: لِنْ عُمَر 

اِسْتِعْلاَءٌ ISTI’LA ↔ اِسْتِفَالٌ ISTIFAL
(TERANGKAT ↔ MERENDAH)

Isti’la (terangkat) adalah apabila dibunyikan dengan suara mengangkat pangkal lidah ke langit-langit dan ia dibaca dengan tebal, tafkhim (تَفْخِيْمُ) pada 7 huruf ini.

Huruf : خ ص ض غ ط ق ظ

Mnemonik: خُصَّ ضّغْطٍ قِظْ 

Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Istifal (merendah) yang dibunyikan dengan lidah menurun dan ia dibaca dengan nipis, tarqiq (تَرْقِيْقٌ ).

JomTajwid - Makharijil Huruf 7e

اِطْبَاقٌ ITBAQ ↔ اِنْفِتَاحٌ INFITAH
(MELEKAP ↔ TERBUKA)

Itbaq (melekap) adalah apabila dibunyikan dengan melekapnya atau bertemunya lidah pada langit-langit dan ia dibaca dengan tebal, tafkhim ( تَفْخِيْمُ ) pada 4 huruf ini.

Huruf : ص ض ط ظ 

Mnemonik: صَضْطَظَ

Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Infitah (terbuka) yang dibunyikan dengan lidah terpisah dari langit-langit.

اِذْلاَقٌ IZLAQ ↔ اِصْمَاتٌ ISMAT
(LANCAR TERTAHAN)

Izlaq (lancar) adalah apabila dibunyikan, ia dapat disebut dengan mengeluarkan huruf dengan cepat dan dapat disebut dengan mudah pada 6 huruf ini.

Huruf : ف ر م ن ل ب 

Mnemonik : فَرَّ مِنْ لُبٍّ  

Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Ismat (tertahan) yang dibunyikan dengan mengeluarkan huruf dengan tertahan atau susah.

JomTajwid - Makharijil Huruf 7h
SOFIIR SIULAN – Suara Burung / Siul ص ز س
QALQALAH PANTULAN – Suara Memantul د ج ب ط ق
LIIN LEMBUT – Suara Lembut ــَ ي ــَ و
INHIROF LENCONGAN ل ر
TAKRIIR BERGETAR ر
TAFASSHI BERHAMBUR – Tersebar Angin ش
ISTITOLAH MEMANJANG – Suara Memanjang ض
GHUNNAH DENGUNG – Suara Dengung نۡ مۡ
KHAFA’ TERSEMBUNYI – Tersembunyi Suara Huruf ـَ ا ـِ ي ـُ و ه
2018-05-24T03:55:12+00:00

Komen Anda