Saktah

JomTajwid - Saktah

Apa itu saktah?

Saktah (diam) adalah dengan berhenti sejenak dengan menahan nafas selama tidak lebih 2 harakat dan kemudian meneruskan bacaan TANPA mengambil nafas baru.

Saktah hanya berlaku pada keadaan wasal sahaja. Jika waqaf, tidak perlu disaktahkan.

Kenalpasti tanda / kalimah ini.

Anda boleh perhatikan tanda huruf siin kecil di atas huruf yang perlu disaktah.

JomTajwid - Saktah 1 new

Dalam riwayat hafs an asim, terdapat 6 tempat yang dibaca saktah jika diwasalkan.

2018-04-19T23:50:03+00:00

Komen Anda