Qolqolah

JomTajwid - Qolqolah new

Qolqolah adalah salah satu sifat dalam kategori sifat yang tidak mempunyai lawan. Anda boleh rujuk bab sifat huruf disini

Apa itu Qolqolah?

Qolqolah bermaksud pantulan atau gegaran. Disebabkan gegaran ketika menyebut huruf tersebut, ia menghasilkan bunyi yang memantul.

Terdapat 5 huruf qolqolah iaitu :
ق ط ب ج د 

Anda boleh mengingati 5 huruf ini dengan mnemonik berikut

قَطُبُ جَدّ 

Ataupun

QOlqolah Mnemonik Jomtajwid 2

Mudah kan?

JomTajwid - Qolqolah 2a

1. Qolqolah Sughra

Bunyi lantunan pada kadar sedikit.

Ia terjadi apabila 5 huruf qolqolah tersebut adalah sukun / mati ditengah perkataan.

Tanda?

Huruf qolqolah yang ditengah perkataan.

2. Qolqolah Kubra

Bunyi lantunan pada kadar sederhana.

Ia terjadi apabila 5 huruf qolqolah berada di akhir perkataan dan TIDAK BERTASYDID / BERSABDU.

Sukun pada 5 huruf ini adalah (‘aridh) yang mendatang kerana diwaqafkan atau sukun asli.

Tanda?

Huruf qolqolah di akhir perkataan apabila diwaqafkan dan TIDAK BERSABDU.

Contoh:

Sukun ‘aridh dan Sukun asli

3. Qolqolah Akhbar

Bunyi lantunan pada kadar paling kuat.

Ia terjadi apabila 5 huruf qolqolah ini diwaqafkan dalam keadaan BERTASYDID / BERSABDU.

Ia perlu dibunyikan dengan kuat kerana huruf bersabdu tersebut adalah melibatkan 2 huruf qolqolah (pertama sukun dan kedua berbaris).

Ia perlu dibuat dengan menahan suara pada huruf qolqolah pertama sebelum memantulkan suara pada qolqolah kedua.

Tanda?

Huruf qolqolah di akhir perkataan apabila diwaqafkan dan BERSABDU.

JomTajwid - Qolqolah 3

Huruf Hijaiyah Yang Tidak Termasuk Dalam Huruf Yang Bersifat Qolqolah

Terdapat Lima Huruf yang termasuk dalam kategori ini.

2018-05-24T17:00:26+00:00

Komen Anda