Pengenalan Nun Mati Dan Tanwin

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 1a new

Apa Itu Nun Mati ?

Nun mati / nun sukun / nun sakinah adalah merujuk kepada nun yang sama iaitu nun

  • yang tidak menerima baris.
  • Ia berada di tengah dan akhir kalimah.
  • ia kekal pada sebutan dan tulisan.
  • ia kekal ketika wasal (menyambung bacaan) atau waqaf (berhenti).

Tanda nun sakinah pada al-Quran Resam Uthmani adalah

  • nun yang bertanda sukun.
  • nun tunggal yang tidak bertanda.
  • nun bertanda dengan huruf mim kecil
JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 1c

Apa Itu Tanwin ?

Tanwin ialah

  • baris dua sama ada baris dua di atas (fathatain), baris dua bawah (kasratain) dan baris dua di hadapan (dhommatain).
  • nun mati yang wujud pada penghujung kata nama / akhir kalimah.
  • nun tambahan yang ada pada bacaan tetapi tidak kelihatan pada tulisan.
  • ia disebut ketika wasal (menyambung bacaan) tetapi ia tidak disebut ketika waqaf (berhenti).

Tanda tanwin pada al-Quran Resam Uthmani

  • tanwin baris dua selari
  • tanwin baris dua tidak selari
  • tanwin bersama huruf mim kecil
JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 1b

Contoh Tanwin, Wasal dan Waqaf

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 1d

Oleh yang demikian, dari hukum nun mati dan tanwin inilah apabila bertemunya 28 Huruf Hijaiyah akan membentuk 4 hukum iaitu :

1. Izhar Halqi
2. Iqlab
3. Idgham
4. Ikhfa’ Hakiki

2018-05-25T18:00:22+00:00

Komen Anda