Pengenalan Makharijil Huruf

JomTajwid - Makharijil Huruf 1b

Apa itu Makharijil Huruf ?

Setiap huruf hijaiyah ada makhraj dan sifatnya tersendiri di mana ia merupakan penentu kepada penguasaan bacaan Al-Quran.

Makharij Tempat-tempat keluar. -Adalah jama’ (kata nama yang lebih dari dua) dari perkataan makhraj.
Makhraj Tempat keluar. -berasal dari perkataan kharaja.
Kharaja Keluar. (fi’il madhi – kata kerja yang telah berlalu).
Makhraj Huruf Tempat keluar huruf-huruf.
Makharijil Huruf Tempat-tempat keluar huruf-huruf.
JomTajwid - Makharijil Huruf 1c

Bagi menuturkannya dengan baik, kita perlu memberi penekanan dalam mempelajari dan menguasai makhraj dan sifat huruf ini secara berguru, Talaqqi Wal Musyafahah (bersemuka dan memerhati gerak bibir).

Pentingnya menguasai Makharijil Huruf juga adalah supaya kita dapat membezakan bunyi huruf dan mengelak dari membuat kesilapan yang dikhuatiri dapat merubah makna perkataan tersebut.

Antara lainnya jika kita tidak dapat membezakan makhraj ع (a’iin) dan ء  (hamzah), berkemungkinan bunyi huruf tersebut akan sama, tiada beza atau dibunyikan pada tempat yang salah.

Jadi dengan memahami dan mengamalkan cara sebutan yang betul melalui tempat keluar huruf yang tepat, ia akan membuatkan kita lebih yakin dalam bacaan.

JomTajwid - Makharijil Huruf 1a

Menurut Imam Ibnu Al-Jazary, makharijil huruf dibahagikan kepada 5 tempat atau anggota utama dengan 17 cara sebutan.

  1. Makhraj As-Syafatain (Bibir)
  2. Makhraj Al-Lisan (Lidah)
  3. Makhraj Al-Khaisyum (Rongga Hidung)
  4. Makhraj Al-Jauf (Rongga Mulut)
  5. Makhraj Al-Halq (Kerongkong)

Tips / panduan membunyikan huruf pada makhrajnya adalah dengan menambah hamzah berharkat fathah di hadapan huruf dengan mematikan huruf yang ingin dibunyikan.

Contoh:
Bagi membunyikan huruf  ت (ta), letakkan hamzah berharkat fathah di hadapan huruf dan matikan huruf yang ingin dimatikan seperti ini أَتْ, sebutannya akan menjadi (at)  .

2018-05-24T00:48:38+00:00

Komen Anda