Pengenalan Hukum Mad

JomTajwid - Hukum mad 1a new

Apa itu Mad ?

Mad bermaksud MENAMBAH. Ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu Huruf Mad atau Huruf Lin.

Huruf Mad :

Huruf mad ada TIGA kesemuanya iaitu Huruf Alif , Huruf Wau dan juga Huruf Ya dengan SYARAT :

  1. Alif dan huruf sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
  2. Wau dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris depan.
  3. Ya dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris bawah

Nota : Sila Ke Mad Asli untuk  penerangan selanjutnya.

Huruf Lin :

Huruf lin ada DUA iaitu Huruf Wau dan Huruf Ya dengan SYARAT :

  1. Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.
  2. Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.

Nota : Sila Ke Mad Lin untuk  penerangan selanjutnya.

Apa itu Harakat ?

Cara membaca mad bergantung kepada kadar harakat yang ditetapkan bermula dari 2 hingga 6 harakat.

1 harakat dikategorikan dalam bacaan tidak panjang . Manakala, bacaan panjang adalah bermula dari 2 sehingga 6 harakat.

Cara mengira harakat adalah dengan menggenggam jari dan melepaskannya. Jika 2 harakat, genggam 2 jari dan lepaskan. Namun  begitu, cara untuk mengenggam dan melepaskan jari mestilah mengikut kadar kelajuan bacaan.

Kadar Kelajuan Bacaan :

Kadar kelajuan bacaan terdapat 3 jenis :

  • Tahqiq – perlahan
    Sangat teliti dalam menyempurnakan bacaan dengan menunaikan hak-hak huruf. Contoh bacaan qari / qariah.
  • Tadwir – lebih laju dari tahqiq
    Bacaan pertengahan antara tadwir dan hadr serta masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan.
  • Hadr – laju
    Bacaan cepat dan masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan. Contohnya bacaan penghafaz al-Quran dalam mengulang-ulang bacaan.

Nota : Jika anda membaca pada kadar tadwir anda perlulah genggam dan lepaskan jari mengikut kadar kelajuan tadwir tersebut. Maka bacaan mad anda akan jadi lebih cepat sedikit berbanding mereka yang membaca pada kadar tahqiq.

JomTajwid - Hukum mad 1d new 6

Jenis Mad :

Mad terbahagi kepada DUA jenis iaitu:

1. Mad Asli

  • Mad yang BUKAN DISEBABKAN hamzah dan sukun.
  • Kadar harakat adalah 2 sahaja.
  • Asli – Asal
  • Thobi’i – Semulajadi

2. Mad Far’i

  • Mad tambahan yang DISEBABKAN oleh hamzah dan sukun.
  • Kadar harakat adalah lebih dari 2 sehingga 6.
  • Mad Far’i terbahagi kepada 13 jenis.
  • Far’i – Tambahan / Cabang
2018-05-25T18:00:35+00:00

Komen Anda