Pengenalan Alif Lam Ta’rif

JomTajwid - Alif lam 1

Alif Lam Ta’rif atau Ma’rifah merujuk kepada isim (kata benda). Ia terbahagi kepada DUA iaitu Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiyah. Hukum ini dapat dikenalpasti apabila terdapat huruf   ال  (Alif Lam) pada awal kalimah.

Alif Lam Qamariah

Qomariah berasal dari perkataan qomar iaitu bulan.

Kenalpasti alif lam qomariah dengan melihat selepas huruf lam tiada tanda syaddah pada huruf seterusnya, maka huruf lam tersebut AKAN DIBUNYIKAN dan dijelaskan.

Alif Lam Syamsiyah

Syamsiyah bermaksud matahari.

Kenalpasti alif lam syamsiyyah dengan melihat TANDA SYADDAH (sabdu) selepas huruf lam, maka huruf lam tersebut TIDAK AKAN DIBUNYIKAN.

Nota : Ketahui cara membunyikan hamzah wasal pada huruf alif lam disini

2018-09-23T08:07:45+00:00

Komen Anda