Menentukan Baris Pada Hamzah Wasal

Alif Lam Hamzah Wasal

Wasal bermaksud bersambung.

Kenali hamzah wasal pada gambarajah di sebelah. Ia berbentuk huruf alif dengan tanda seperti kepala sod di atasnya. Hamzah wasal tidak terdapat baris pada tulisannya. Tetapi ia dibariskan mengikut kaedah yang akan diterangkan selepas ini. Ia dibariskan hanya pada keadaan ketika kita hendak memulakan bacaan pada kalimah tersebut. Jika kalimah tersebut berada di tengah ayat dan kita membacanya sacara terus, maka hamzah wasal tidak akan dibunyikan. Ingat ya, hamzah wasal dibunyikan hanya ketika kita hendak memulakan bacaan darinya sahaja.

Alif Lam Hamzah Wasal 2

Hamzah wasal terdapat pada 2 contoh kalimah seperti ini

1. Hamzah wasal pada kalimah yang bermula dengan alif lam
2. Hamzah wasal pada kalimah yang tidak bermula dengan alif lam

Alif Lam Hamzah Wasal 3

Seringkali ramai yang keliru jika terjumpa hamzah wasal di awal kalimah .

Bagaimanakah cara untuk membacanya?

Seperti contoh ayat Surah Yassin berikut.

Adakah ia patut dibaca sebagai:
Asnaini??
Usnaini??
Isnaini??

dan contoh ayat Surah Al-Fatihah berikut.

Adakah ia patut dibaca sebagai:
Alhamdu??
Ulhamdu??
Ilhamdu??

Oleh yang demikian , terdapat beberapa cara untuk membaca sesuatu kalimah apabila hamzah wasal berada di awal kalimah iaitu :

1. Permulaan hamzah wasal pada alif lam
2. Membariskan permulaan hamzah wasal berpandukan huruf ketiga dengan beberapa cara
3. Membariskan permulaan hamzah wasal tidak berpandukan huruf ketiga

JomTajwid - Alif lam 2

Permulaan Hamzah Wasal Pada Alif Lam

Hamzah wasal pada alif lam ta’rif hendaklah difathahkan ketika memulakan bacaan darinya. Jadi, jika kalimah tersebut bermula dengan alif lam dan anda ingin memulakan bacaan, anda hanya perlu memulakannya dengan baris fathah sahaja.

Ingat ya, jika alif lam, mesti baris fathah 🙂

Alif Lam Hamzah Wasal 4

Membariskan Permulaan Hamzah Wasal Berpandukan Huruf Ketiga Dengan Beberapa Cara

  1. Jika huruf ketiga berbaris fathah, hamzah wasal berbaris kasrah.
  2. Jika huruf ketiga berbaris kasrah, hamzah wasal berbaris kasrah.
  3. Jika huruf ketiga berbaris dhommah, hamzah wasal berbaris dhommah.

Jika terdapat baris fathah atau kasrah pada huruf ketiga, hamzah wasal perlu dikasrahkan.

Fathah -> Kasrah
Kasrah -> Kasrah
Dommah -> Dommah

Mudah kan?

JomTajwid - Alif lam 4 newJomTajwid - Alif lam 5 newJomTajwid - Alif lam 6 new

Membariskan Permulaan Hamzah Wasal TIDAK BERPANDUKAN HURUF KETIGA

Hamzah wasal ini perlu dikasrahkan pada perkataan-perkataan di bawah TANPA ADANYA PANDUAN KHAS.

Maka, perkataan-perkataan ini perlu dikenalpasti jika memulakan bacaan darinya.

Jadi jika anda memulakan bacaan pada 7 kata nama, 4 kata kerja dan 5 kalimah yang dibaca dengan mad badal ini, anda perlu membacanya dengan baris yang betul seperti yang diterangakan di dalam gambarajah ini.

2018-09-23T12:32:52+00:00

Komen Anda