Mad Far’i – Mad Silah Towilah

JomTajwid - Hukum mad silah towilah 6 (Feature) new 2

Ia juga dikenali dengan Mad Silah Kubra.

Sebab Ia Terjadi :

Mad silah towilah berlaku pada keadaan wasal sahaja.

Mad ini berlaku pada huruf ha domir (ganti nama) dimana ia terletak diantara 2 huruf yang berbaris dan ada hamzah selepasnya.

Ia juga adalah sebahagian dari mad munfasil pada asalnya kerana ha simpul ini bertemu dengan hamzah dalam dua perkataan.

Ha domir – Huruf Ha simpul yang merujuk kepada ganti nama diri ketiga dan merujuk kepada muzakkar.

Keterangan :

Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Silah Sambung
Towilah Panjang
Kubra Besar (kerana terdapat hamzah selepasnya dan kadar harakat melebihi 2)
JomTajwid - Mad Silah Towilah Contoh Surah new

Kenalpasti Tanda Mad Silah Towilah :

1 Tanda wau kecil selepas haa berbaris dhommah bersama tanda panjang diatasnya dan selepasnya adalah hamzah.
2 Tanda yaa kecil selepas haa berbaris kasrah bersama tanda panjang diatasnya dan selepasnya adalah hamzah.

Harakat :

Kadar 4/5 harakat (sama seperti mad munfasil) ketika wasal sahaja.

2018-10-19T03:48:24+00:00

Komen Anda