Mad Far’i – Mad Silah Qosiroh

JomTajwid - Hukum mad silah qosiroh 5 (Feature) new 4

Sebab Ia Terjadi :

Mad silah qosiroh berlaku pada keadaan wasal sahaja. Mad ini berlaku pada huruf ha domir (ganti nama) dimana ia terletak diantara 2 huruf yang berbaris dan tiada hamzah selepasnya.

Ha domir – Huruf Ha simpul yang merujuk kepada ganti nama diri ketiga dan merujuk kepada muzakkar.

Keterangan :

Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Silah Sambung
Qosiroh Pendek
Sughra Kecil (kerana tiada hamzah selepasnya dan kadar harakat 2 sahaja)
JomTajwid - Mad Silah Qosiroh Contoh Surah new2

Kenalpasti Tanda Mad Qosiroh:

1 Tanda wau kecil selepas ha berbaris dhommah.
2 Tanda yaa kecil selepas ha berbaris kasrah.

Harakat :

Dibaca dengan kadar harakat :

  • Wasal : 2 harakat
  • Waqaf : Tidak panjang
2018-10-19T03:48:17+00:00

Komen Anda