Mad Far’i – Mad Lazim Harfi

JomTajwid - Hukum mad lazim kharfi 11 (Feature) new 2

Sebab Ia Terjadi :

Mad Lazim Harfi terjadi apabila huruf mad Asli bertemu sukun pada huruf-huruf Muqotho’ah. (huruf yang tiada baris)

Huruf Muqotho’ah الْمُقَطَّعَةُ – Terletak pada awal surah tertentu.

Kaedah mengenalpasti cara membaca huruf muqotho’ah ini adalah dari ejaan asal huruf tersebut. Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.

Keterangan :

Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Lazim Lazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)
Harfi Huruf
Mukhaffaf Ringan (tiada idgham) – Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf tanpa idgham.
Musaqqal Berat (terdapat idgham) – Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf beserta idgham.
JomTajwid - Hukum mad 11 1a

Hukum ini boleh dikenalpasti melalui 3 kategori ini :

    1. Tiada Mad – Huruf Alif
    2. Mad Asli – Terdapat 5 huruf muqotho’ah yang dibaca dengan fathah dan dipanjangkan 2 harakat kerana terdapat huruf alif (huruf mad) pada ejaannya. Mnemonik : Haya Thoharo (حَيَ طَهَرَ (ح ي ط ه ر
    3. Mad Lazim – Terdapat 8 huruf muqotho’ah yang ditandakan dengan tanda panjang dan dibaca dengan 6 harakat. Mnemonik: Naqoso ‘Asalukum (نَقَصَ عَسَلُكُم  (ن ق ص ع س ل ك م

Huruf ‘ain pada permulaan

  1. Maryam (19) – كھیعص
  2. Ash-Shura (42) -( حمٓ (١) عٓسٓقٓ (٢

harus dibaca dengan kadar 4 dan 6 harakat melalui tariq As-Syatibi

JomTajwid - Hukum mad 11 1d

Contoh 1

Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.

  1. Huruf alif tiada mad (kategori 1). Ia hanya perlu dilafaz sebagai “alif” sahaja.
  2. Huruf Lam – Mad Lazim Harfi Musaqqal (kategori 3). Ia perlu dibaca panjang 6 harakat.
  3. Huruf Mim – Mad Lazim Harfi Musaqqal (kategori 3). Ia perlu dibaca panjang 6 harakat.

Perhatikan ejaan lam dan mim. Diakhir ejaan huruf lam terdapat mim dan di awal huruf mim terdapat huruf mim. Maka apabila mim bertemua mim (idgham mutamathilain-mim pertama sukun, mim kedua berbaris), hukumnya sama seperti idgham syafawi yang perlu didengungkan 2 harakat. Disebabkan itu juga ia digelar musaqqal.

JomTajwid - Hukum mad 11 1b

Contoh 2

Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.

Jika tiada tanda panjang di atas huruf tersebut, ia bukanlah mad lazim.

  1. Huruf Tho – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dibaca panjang 2 harakat.
  2. Huruf Ha – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dibaca panjang 2 harakat.
JomTajwid - Hukum mad 11 1c

Contoh 3

Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.

  1. Huruf Kaf – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia perlu dipanjangkan 6 harakat.
  2. Huruf Ha – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dipanjangkan 2 harakat.
  3. Huruf Ya – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dipanjangkan 2 harakat.
  4. Huruf ‘Ain – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia harus dibaca panjang samaada 4 atau 6 harakat.
  5. Huruf Sod – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia perlu dipanjangkan 6 harakat.

Perhatikan pertemuan ejaan huruf ‘ain dan sod. Ia perlu dibaca ikhfa’ 2 harakat.

2018-10-19T04:05:09+00:00

Komen Anda