Mad Far’i – Mad Aridh Lissukun

JomTajwid - Hukum mad aridh lissukun 7 (Feature) new 2

Sebab Ia Terjadi :

Mad Aridh Lissukun ini terjadi disebabkan adanya sukun yang didatangkan apabila diwaqafkan.

Keterangan :

Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Aridh Mendatang
Lissukun Kerana Sukun
JomTajwid - Mad Aridh Lissukun Contoh Surah

Kenalpasti Tanda Mad Aridh Lissukun :

1 Terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan.

Harakat :

Dibaca dengan kadar harakat :

  • Waqaf : 2/4/6 harakat

Perhatikan pada tulisan bewarna hijau “alaalamiiiin”. Jika bacaan diwaqafkan, ia boleh dipanjangkan samaada 2/4/6 harakat. Jika ia diwasalkan, ia akan dibaca dengan 2 harakat sama dengan kadar harakat mad asli. “alaalamiinnarhmaan”

2019-01-11T02:31:17+00:00

Komen Anda