Mad Asli

JomTajwid - Hukum mad asli 2 (Feature) new 5

Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i.

Sebab Ia Terjadi :

Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif ( ا  ) , Wau ( و ), dan Ya ( ي ). Dan ianya terjadi secara tobi’i (semulajadi) kerana 3 huruf itu sahaja TANPA DISEBABKAN oleh hamzah atau sukun.

Keterangan :

Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad)
Asli Asal
Thobi’i Semulajadi
Istilah Sesuatu yang tidak terikat dengan sebarang sebab samaada hamzah atau sukun
JomTajwid - Hukum mad 2a (Contoh Surah) new 5

Kenalpasti Tanda Mad Asli :

1 Huruf mad yang TIADA baris

  • Huruf Alif  ( ا  ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris fathah.
  • Huruf Wau ( وْ ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris depan.
  • Huruf Ya  ( يْ ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris bawah.
2 Tanda huruf mad yang kecil iaitu huruf Alif ( ا  ) , Wau ( و ), dan Ya ( ي ) 

Harakat :

Dibaca dengan 2 harakat

JomTajwid - Hukum mad 2b

Dalam al-Quran terdapat dua jenis tanda bujur iaitu Tanda Bujur Serong dan Tanda Bujur Tegak.

Tanda Bujur Serong :

Ia hanya ada pada tulisan tetapi TIADA pada bacaan. Ia hanyalah huruf ziadah (tambahan) sahaja.

Tanda Bujur Tegak :

Hanya terdapat pada ENAM (6) perkataan dalam al-Quran, ia dikategorikan sebagai mad asli yang perlu dibaca dengan kadar 2 harakat HANYA APABILA DIWAQAFKAN. Pada bacaan wasal, ia diabaikan.

JomTajwid - Hukum mad 2c

6 Baris Ayat Tanda Bujur Tegak Di Dalam Al-Quran :

Bagi setiap kalimah “ana”  dalam Al-Quran. Tidak semestinya pada surah Al-Baqarah (2) : 258 sahaja.

2018-09-27T02:12:54+00:00

Komen Anda