Iltiqaq Sakinain, Nun Kecil, Nun Iwadh

JomTajwid - Iltiqa Sakinain

Ia juga dipanggil Nun Iwad, Nun Wasal, Nun Wiqayah dan juga Nun Kecil.

Iltiqa’ sakinain adalah pertemuan dua huruf dan ia terjadi apabila terdapat huruf sukun sebelum dan selepas hamzah wasal. Ia juga boleh dikenalpasti apabila terdapat tanwin pada hujung perkataan dan perkataan selepasnya bermula dengan hamzah wasal.

Kekerapan berlakunya kesilapan bagi hukum ini adalah tinggi kerana tiada sebarang tanda pada tulisan tetapi nun tambahan ini perlu diwujudkan pada bacaan.

Tanwin ini tidak boleh diidghamkan tetapi ia perlu dikasrahkan (baris bawah) huruf nun dari tanwin tersebut.

Masih ingat lagi penerangan tentang tanwin? Klik di sini. Huruf nun yang diwujudkan adalah daripada tanwin itu sendiri.

2018-05-23T04:27:29+00:00

Komen Anda