Idgham

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 4 (Feature)

Cara Bacaan :

Memasukkan atau menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya. Teknik bacaan terbahagi kepada 2, iaitu Idgham Kamil dan Idgham Nafis.

Kenal Pasti Tanda Idgham :

1. Nun TIADA tanda SUKUN
2. Tanwin baris atas (fathatain) yang TIDAK SELARI.
3. Tanwin baris bawah (kasratain) yang TIDAK SELARI.
4. Tanwin baris depan (dommatain) yang berbentuk 99.
5. Tanda tasydid pada Idgham Kamil.

Maksud :

Naqis Masih ada dengungnya
Kamil Idgham terus
Bi Dengan
Maal Bersama
JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 4b

Idgham Bilaghunnah :

Dibaca dengan memasukkan atau menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya TANPA DENGUNG.

Idgham Bighunnah :

Dibaca dengan memasukkan atau menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya kemudian di-DENGUNGKAN 2 HARAKAT.

Idgham Kamil (sempurna) : Idgham Naqis (tidak sempurna) :
Dianggap sempurna kerana apabila digabungkan, sebutan nun telah dilenyapkan. Dianggap tidak sempurna kerana apabila digabungkan, sebutan nun tidak lenyap dan masih boleh dikesan.
JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 4c new

Contoh Ayat :

Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan huruf Idgham Bilaghunnah.

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 4d new

Contoh Ayat : 

Berikut adalah contoh ayat Tanwin bertemu dengan huruf Idgham Bilaghunnah.

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 4e new

Contoh Ayat :

Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan huruf Idgham Bighunnah.

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin 4f new

Contoh Ayat : 

Berikut adalah contoh ayat Tanwin bertemu dengan huruf Idgham Bighunnah.

JomTajwid -Hukum Nun Mati Dan Tanwin Izhar Mutlak

Idzhar Mutlak

Namun begitu, apabila Nun Mati bertemu dengan huruf Idgham (wau dan ya sahaja) dalam satu kalimah, bunyi nun tersebut perlulah dibaca secara jelas.

4 kalimah ini dikecualikan dari idgham dan ia perlu dibaca jelas.

Perhatikan nun pada Izhar Mutlak bertanda sukun yang menandakan ia perlu dibaca jelas.

2019-05-08T00:33:11+00:00

Komen Anda